BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 20, 2009

POLIGAMI

Kawan saya sangat anti pasal poligami. Pantang orang sebut poligami pasti dia melenting. Bolehkah kita menentang poligami ?

Wanita runsing , Skudai

Ehm... Kaum Adam kalau bercakap bab nie mesti seronok. Kaum Hawa pula biasanya mesti tarik muka masam. Poligami adalah perkahwinan seorang lelaki dengan dua wanita atau lebih pada satu-satu masa. Islam membenarkan poligami kerana ada hikmah dan kebaikan yang tertentu. Pada masa yang sama poligami juga mengandungi bahaya dan mudarat. Poligami ini telah dibenarkan dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat:3 yang bermaksud


"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap(hak-hak) perempuan yang yatim(bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita(lain) yang kamu senangi ; dua,tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Poligami telah dibenarkan oleh Islam dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Menentang poligami seolah-olah menentang hukum Allah. Pendirian yang sederhana adalah menerima poligami sebagai suatu hukum Islam. Pada
masa yang sama menentang perlaksanaan poligami yang bersikap tidak adil dan zalim. Ini sesuai dengn ajaran Nabi Muhammad SAW. Baginda berpoligami bagi membela nasib wanita yang terbiar dan mengembangkan ajaran Islam.

Sebagaimana nikah mempunyai keadaan wajib sunat harus dan sebagainya maka poligami juga demikian.