BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 07, 2009

PENUBUHAN PERWANIN

Di antara matlamat-matlamat PERWANIN adalah:

PERWANIN berhasrat membantu menangani isu-isu yang berkaitan dengan kewanitaan

  • Membantu dan meringankan beban ibu tunggal dengan memberi motivasi, membantu mencari peluang pekerjaan, kursus-kursus usahawan yang diminati serta bersesuaian dengan mereka.

  • Membantu dan menghulurkan bantuan kewangan, pakaian terpakai serta kaunseling kepada mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran.

  • Membantu menangani masalah remaja yang terjebak dalam masalah sosial seperti sumbang mahram, bohsia dan lain-lain dengan memberi motivasi, khidmat nasihat kesedaran agama serta menyalurkan maklumat kepada badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.

  • Menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan badan-badan lain seperti Jabatan Pembangunan Wanita, Yayasan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam, Biro Pengaduan Awam serta jabatan-jabatan lain yang bersesuaian.

  • Menganjurkan program sihat untuk remaja seperti futsal, sukan memanah, pertunjukan fesyen muslimah serta kem-kem motivasi dan lain-lain yang bersesuaian.

  • Menganjurkan program amal dengan tujuan untuk kutipan derma untu dana persatuan bagi membantu aktiviti-aktiviti kebajikan persatuan.

  • Membantu wanita kurang upaya untuk mendapatkan status OKU.

  • Menyalurkan maklumat kepada badan-badan tertentu sekiranya mendapat maklumat tentang penderaan dll


Misi PERWANIN ini akan tercapai melalui program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

Syarat-syarat Keahlian

  1. Wanita berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam.

  2. Yuran yang dikenakan untuk menyertai persatuan ini:
  • Yuran Pendaftaran : RM 5

  • Yuran Tahunan : RM10

  • Yuran Seumur Hidup : RM100


Pengerusi PERWANIN adalah Puan Hajjah Noraini Adnan. Puan Noraini boleh dihubungi melalui Tel : 0197766567 atau email : perwanin@gmail.com.