Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Wanita Prihatin Daerah Johor Bahru (PERWANIN) telah mengadakan program Jejari Bestari Negeri Johor Kali Pertama. 50 orang wanita yang berminat membuat jahitan sulaman tangan pada tudung telah berjaya menyertai program tersebut. Program tersebut dikendalikan oleh Pn. Syahida Ramli dari Sri Classic Collection.
Lihatlah wajah-wajah ceria para peserta Jejari Bestari bersama hasil kerja tangan masing-masing. Para peserta bukan sahaja mendapat ilmu jahitan sulaman fabrik tudung dari pakar sulaman, Pn. Syidah tetapi mendapat tudung yang pelbagai warna dan corak (hasil kerja tangan peserta sendiri), peralatan jahitan serta sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor.
Program 'Jejari Bestari Negeri Johor' telah berjaya dijalankan pada:
Tarikh: 26 April 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat: Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai
Aksi-aksi para peserta Jejari Bestari yang bersungguh-sungguh menyiapkan jahitan sulaman fabrik tudung masing-masing. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan membuat corak jahitan yang berbeza-beza. Kumpulan yang dapat menghasilkan jahitan sulaman yang kemas dan cantik akan dipilih sebagai pemenang.
Pn. Hjh. Endon Sabtu dari Taman Mutiara Rini, Skudai telah terpilih sebagai pemenang jahitan sulaman fabrik tudung di Program Jejari Bestari tersebut. Lihatlah hasil kerja tangan beliau yang sangat kemas, cantik dan menarik.
0 comments:
Post a Comment