Saya ada sedikit kemusykilan tentang ucapan salam dan doa apabila melalui atau menziarahi kawasan perkuburan Islam. Adakah kita dikira seorang yang zalim jika tidak mengucapkan salam dan berdoa ketika melalui kawasan perkuburan?
Waalaikum salam wbt dan terima kasih kepada saudari yang bertanya.
Mari kita rujuk makna perkataan zalim. Zalim adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan lawan perkataan zalim adalah adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita telah diberi pilihan oleh Allah untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk melakukan kebaikan, kitalah orang yang rugi dan telah menzalimi diri kita sendiri.
Begitulah juga dalam situasi yang saudari tanyakan....kita telah menzalimi diri kita kerana memberi salam dan mendoakan orang lain adalah perbuatan yang baik dan terpuji, tetapi kita tidak melakukannya.. marilah sama-sama kita berlumba-lumba membuat kebaikan dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Antara keistimewaan Islam ialah penghormatan yang diberikan kepada manusia, sepanjang hayatnya dan selepas matinya. Islam menganjurkan agar kita berakhlak dengan sebaik-baik akhlak dengan meneladani Nabi Muhammad SAW. Ini termasuk mengucapkan salam kepada orang-orang Islam yang sudah meninggal dunia. Walaupun secara fizikalnya mereka sudah tiada di atas muka bumi, tetapi sebenarnya kematian merupakan perjalanan ke alam akhirat.
Demikian juga digalakkan menziarahi perkuburan dari masa ke semasa untuk mengambil pengajaran. Perkara ini tidaklah sepatutnya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana pada hakikatnya mereka masih lagi hidup cuma dalam suasana yang berbeza. Mereka berada di alam barzakh.
DOA ZIARAH KUBUR
Maksudnya: Selamat sejahtera untukmu, wahai penduduk kampung daripada orang-orang Mukmin dan Muslim, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan (dari apa yang tidak diingini).
-Riwayat Muslim-
0 comments:
Post a Comment