BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 24, 2009

KELAS 14K WIRE WORKS

23 OGOS 2009: PERWANIN menghantar 2 orang wakil ke kelas 14k wire works untuk mempelajari teknik-teknik membuat gelang kristal ikat suasa 14k juntai-juntai. Kelas intensif ini dikendalikan oleh Pn. Aniza dari D Charm Collections. Kelas bermula dari 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari, bertempat di rumah Pn. Aniza di Bandar Baru Uda. Yuran penyertaan ialah RM150.00 seorang. Maznah dan Haslina dari PERWANIN berpeluang mempelajari teknik-teknik membuat gelang kristal ikat suasa 14k juntai-juntai, anting-anting dan handphone charm.

Lihatlah hasil kerja tangan Maznah dan Haslina

Gelang kristal ikat suasa 14k juntai-juntai


Anting-anting


Handphone charm


PERWANIN akan mengadakan Bengkel Manik Aksesori (BMA'09): Kelas 14k wire works. Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Kepada yang berminat mengikuti bengkel ini boleh hubungi Hazwani (013-7764227) atau Maznah (019-3168244).

Saturday, August 22, 2009

AJAIBNYA PUASA.....

.....SENJATA MENGAWAL NAFSU

Nafsu, secara umum, selalu menyuruh kepada kejahatan. Kerana itu ia perlu dikendali dan dididik supaya ia menjadi nafsu yang sentiasa tunduk kepada kebaikan dan menjadi nafsu yang diberi rahmat oleh ALLAH.

Ibadah puasa di bulan RAMADHAN diwajibkan ALLAH ke atas umat Islam sebagai satu perisai untuk mengendalikan nafsu. Ibadah puasa adalah kegiatan menahan diri daripada makan dan minum serta nafsu seks dari mulai terbit sehingga tenggelamnya matahari.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Telah datang kepadamu bulan RAMADHAN, bulan keberkatan, ALLAH mengunjungimu ada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikatNya, maka tunjukkanlah kepada ALLAH hal-hal yang baik dari dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat ALLAH di bulan ini"
(HR.Ath-Thabrani, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi)

"Puasa itu untukKu dan Aku langsung membalasNya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi."
(Hadis Muttafaq'Alaih)

Bersama keluarga meraikan RAMADHAN

Semarak RAMADHAN, Semarak TAQWA, Semarak INFAQ


Semoga ruang dan peluang di bulan RAMADHAN ini memberi pelatihan abadi untuk pengendalian hati dan diri bagi meraikan kemerdekaan sejati.

Friday, August 21, 2009

PESERTA BENGKEL MANIK AKSESORI (BMA'09)

5 SEPTEMBER 2009: TAHNIAH & SYABAS kepada semua peserta Bengkel Manik Aksesori (BMA'09). Berikut adalah 10 orang peserta yang berjaya mendaftar awal di BMA'09 bersama HADIAH MISTERI masing-masing.

1) ZAKIAH BINTI NOH


2) RAFIDAH BINTI ABD RAHIM


3) ASMAH BINTI ABD GHANI


4) SITI AIDA BINTI MOHD ISA


5) SURAYA BINTI IBRAHIM


6) NORALIZATUL AZMA BINTI MUSTAPHA


7) AZIZAH BINTI KAMARI


8) SABARIAH BINTI SHAHAR


9) NORSHAM BINTI IDRIS


10) AZLINA BINTI ABDUL HASIM


PESERTA BENGKEL MANIK AKSESORI (BMA'09)


KELEBIHAN menjadi peserta BMA'09:
1. Teknik-teknik membuat aksesori gelang tangan dan kerongsang (brooch)
2. Mengenali manik, kristal dan mutiara.
3. Set gelang dan kerongsang yang cantik dan menarik
4. SIJIL PENYERTAAN BMA'09
5. Menambah kemahiran & daya kreativiti

Berminat untuk memiliki koleksi gambar-gambar semasa Bengkel Manik Aksesori (BMA'09) serta nota-nota sila SMSkan [NAMA] dan [ALAMAT] ke 019-3168244 atau 013-7764227. Hanya RM 10.00 sahaja| Kos penghantaran PERCUMA.

BENGKEL MANIK AKSESORI (BMA'09)

5 SEPTEMBER 2009: PERWANIN telah mengadakan BMA'09 di bulan Ramadhan al-Mubarak ini, bertempat di Aras 4, Blok D07, CICT UTM Skudai. 24 orang wanita telah menyertai bengkel tersebut. Para peserta telah mempelajari teknik-teknik membuat gelang tangan MUTIARA KASIH dan brooch.


Para peserta BMA'09 mula mendaftar jam 8.30 pagi di Bilik Bestari 3, CICT UTM Skudai. Bengkel dimulakan jam 9.00 pagi dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah dan aluan Pengerusi Majlis, saudari Maznah. Seterusnya, Pengerusi PERWANIN, Pn. Hajah Nor'aini Adnan menyampaikan ucapan dan pengenalan kepada Persatuan Wanita Prihatin Daerah Johor Bahru atau lebih mudah dikenali dengan nama PERWANIN.


Taklimat bengkel disampaikan oleh cik Haslina dari SMK Bandar Selesa Jaya. Para peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis kristal dan mutiara serta peralatan yang digunakan untuk membuat aksesori gelang dan brooch. Cik Haslina dibantu oleh tiga orang fasilitator iaitu Hazwani, Nadirah dan Maznah.






Bengkel Manik Aksesori (BMA'09) berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada 10 orang peserta yang mendaftar awal dan sesi fotografi peserta bersama tenaga pengajar dan urusetia PERWANIN.

PERWANIN merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini. Terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit dalam membantu memjayakan BMA'09. Bergayalah dengan aksesori gelang dan brooch yang dihasilkan sendiri oleh para peserta BMA'09 di hari lebaran yang bakal menjelang.

Wednesday, August 19, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua



PERWANIN mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Sentiasalah......
setting niat
upgrade iman
download sabar
upload usaha
delete dosa
increase doa
top up ilmu
supaya dapat redeem pahala banyak-banyak


HAPPY FASTING

Sunday, August 16, 2009

SENTIASA PRIHATIN

Jika anda mempunyai maklumat berkaitan masalah ibu tunggal, remaja, orang kurang upaya, fakir miskin di tempat kediaman anda, sila maklumkan kepada pihak PERWANIN. Sila klik BORANG ADUAN

Sentiasa Prihatin

Saturday, August 15, 2009

DAFTAR AHLI

Sila klik BORANG KEAHLIAN PERWANIN untuk mendaftar sebagai ahli PERWANIN.


KELEBIHAN MENJADI AHLI:
1. Diberi kad ahli
2. Mendapat maklumat mengenai aktiviti PERWANIN dari semasa ke semasa
3. Berpeluang bersama-sama PERWANIN menghulurkan bantuan kepada masyarakat
4. Mendapat diskaun harga bagi setiap pembelian barang yang diedarkan oleh PERWANIN

Terima kasih kerana menyertai PERWANIN.
Permohonan anda akan diproses selepas membuat pembayaran Yuran Keahlian + Yuran Tahunan sebanyak RM 15.00.
Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 551306719896 atas nama PERWANIN.
Sila maklumkan kepada HAZWANI (013-7764227) selepas pembayaran dibuat, seperti berikut:
NAMA, JUMLAH, TARIKH, MASA
Contoh: JAMILAH ISMAIL, RM 15, 01/08/09, 9.00 A.M

DOA KETIKA TERJADI PENYAKIT MENULAR

Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang Hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

BENGKEL MANIK AKSESORI

8 OGOS 2009: PERWANIN dijemput untuk mengendalikan Bengkel Manik Aksesori dalam Karnival Wanita (KAWAN'09) anjuran HEWI Persatuan Mahasiswa Islam UTM Skudai. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Maznah bersama rakan-rakannya Haslina dan Mazriha. Para peserta terdiri dari mahasiswi UTM Skudai. Para peserta diajar tentang teknik-teknik membuat gelang tangan daripada manik dan kristal. Nota dan hasil kerja tangan setiap peserta diberikan kepada para peserta di akhir sesi bengkel.

Bengkel Manik Aksesori telah diadakan di L50, UTM Skudai dari 3.00-5.00 petang.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak KAWAN'09 kerana berjaya menganjurkan program yang dapat memberikan kemahiran kepada warga UTM khususnya mahasiswi UTM.

Antara hasil kerja tangan para peserta KAWAN'09.


Capri Blue + Aquamarine


Topaz + Light Topaz

Bengkel Manik Aksesori anjuran PERWANIN akan diadakan pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Penyertaan terbuka kepada semua wanita yang berminat mempelajari teknik-teknik membuat aksesori dari manik dan kristal dan ingin mencuba sendiri membuat aksesori perhiasan diri seperti gelang tangan, cincin dan pin brooch. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Maznah(019-3168244) atau Wani(013-7764227).

Maklumat Bengkel Manik Aksesori adalah seperti berikut:

TARIKH: 5 SEPTEMBER 2009 (Sabtu)
TEMPAT: UTM Skudai
MASA : 9.00 pagi - 1.00 tengahari


Untuk pendaftaran, sila klik BORANG PENYERTAAN MANIK AKSESORI

atau

Hantarkan NAMA PENUH dan NO. KAD PENGENALAN ke 0193168244 atau 0137764227.
Contoh: RAIHANA MAZLAN 890909015120

ANTARA KOLEKSI AKSESORI MANIK & KRISTAL PERWANIN:

Pin Brooch


Gelang Tangan






ZIARAH MAHABBAH 4

25 Julai 2009: PERWANIN menziarahi lima buah keluarga berbangsa India yang menetap di sekitar Kawasan Gelang Patah.













PERWANIN cuba membantu insan yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

ZIARAH MAHABBAH 3

21 Julai 2009: PERWANIN dan PIBG SK Taman Sri Pulai memziarahi pesakit kanser di Taman Sri Pulai . Puteri kedua yang comel yang baru berusia 8 tahun diuji dengan dugaan yang cukup besar untuk dirinya dan keluarga Pn. Huzaimah. Beliau terpaksa direhatkan dari bersekolah untuk memulihkan keadaannya yang baru sahaja menjalani pembedahan.




Pn. Huzaimah kelihatan tabah dengan ujian yang menimpa puterinya. Beliau menyatakan bahawa beliau harus kuat dan tabah agar puteri kesayangannya juga turut tabah dan bersemangat mengharungi hari-hari yang mendatang.


Pesakit (berbaju bunga-bunga) bersama kakaknya

ZIARAH MAHABBAH 2

31 Julai 2009: PERWANIN membuat lawatan susulan ke rumah Pn. Zaleha atau lebih mesra dengan panggilan Azie. Kami mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permasalahan beliau dan anak-anak. Azie mempunyai 10 orang anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya, di mana dua orang anaknya diambil oleh dua keluarga sebagai anak angkat. Anak-anak Azie dalam lingkungan umur 1 hingga 15 tahun iaitu Nurul Hazirah Rozaimi (15 tahun), Nor Ira Rozairah (14 tahun), Nurul Nazurah Rozairin (12 tahun), Muhammad Sharizal (9 tahun), Nurul Fatihah (8 tahun), Nurul Aini (7 tahun), Muhammad Nabil Shah (6 tahun), Nurul Nabila (5 tahun), Nurul Nabia (4 tahun) dan Muhammad Khabil Shah (1 tahun).



Azie tidak mempunyai pekerjaan tetap. Beliau hanya membantu jirannya membuat kuih untuk jualan di bazar Ramadhan. Namun beliau tidak pernah meminta simpati orang ramai. Azie sangat beruntung kerana dikurniakan anak-anak yang ramai dan mempunyai pelbagai kemahiran antaranya jahitan, masakan, andaman dan aksesori manik dan kristal. Beliau hanya memerlukan modal untuk menjadikan kemahiran yang dimiliki sebagai sumber pendapatannya.

PERWANIN akan cuba menyediakan modal untuk Azie memulakan perniagaan beliau. Beliau tidak perlu mencari pekerjaan di luar tetapi berniaga dari rumah sahaja. Ini bagi memudahkan beliau menjaga anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatian penuh dari beliau selaku ibu dan bapa.

Bagi insan-insan di luar sana yang ingin turut membantu dan memberi sumbangan, silalah masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank atas nama PERWANIN 551306719896




Nurul Nabila dan Nurul Nabia


Azie dan anak kecilnya, Muhammad Khabil Shah