BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

BENGKEL MANIK AKSESORI (BMA'09)

5 SEPTEMBER 2009: PERWANIN telah mengadakan BMA'09 di bulan Ramadhan al-Mubarak ini, bertempat di Aras 4, Blok D07, CICT UTM Skudai. 24 orang wanita telah menyertai bengkel tersebut. Para peserta telah mempelajari teknik-teknik membuat gelang tangan MUTIARA KASIH dan brooch.


Para peserta BMA'09 mula mendaftar jam 8.30 pagi di Bilik Bestari 3, CICT UTM Skudai. Bengkel dimulakan jam 9.00 pagi dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah dan aluan Pengerusi Majlis, saudari Maznah. Seterusnya, Pengerusi PERWANIN, Pn. Hajah Nor'aini Adnan menyampaikan ucapan dan pengenalan kepada Persatuan Wanita Prihatin Daerah Johor Bahru atau lebih mudah dikenali dengan nama PERWANIN.


Taklimat bengkel disampaikan oleh cik Haslina dari SMK Bandar Selesa Jaya. Para peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis kristal dan mutiara serta peralatan yang digunakan untuk membuat aksesori gelang dan brooch. Cik Haslina dibantu oleh tiga orang fasilitator iaitu Hazwani, Nadirah dan Maznah.






Bengkel Manik Aksesori (BMA'09) berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada 10 orang peserta yang mendaftar awal dan sesi fotografi peserta bersama tenaga pengajar dan urusetia PERWANIN.

PERWANIN merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini. Terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit dalam membantu memjayakan BMA'09. Bergayalah dengan aksesori gelang dan brooch yang dihasilkan sendiri oleh para peserta BMA'09 di hari lebaran yang bakal menjelang.

0 comments: